Barca tak mampu saingi United beli Pogba

LONDON: Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu mendedahkan gergasi Sepanyol itu cuba memancing Paul Pogba ke Nou Camp pada 2016 tetapi tidak mampu menyaingi tawaran Manchester United ketika itu £90 juta pound (RM482.21 juta).

Barca sudah mengadakan perbincangan dengan Juve dan ejen Pogba, Mino Raiola pada 2015 dan memperoleh persetujuan dengan tawaran yang dibuat juara Itali itu.

Tetapi apabila United bersetuju untuk membayar £90 juta pound (RM482.21 juta) yang memecah rekod pembelian ketika itu setahun kemudian, mereka menarik dari daripada pemburvan berkenaan.

“Pada 2015, Pogba bermain untuk Juventus dan kami berkata kepada mereka jika mereka mahu menjualnya, kami pasti berminat,” kata Bartomeu.

“Apabila kamu memberitahu apa yang United tawarkan, kami tidak boleh sewenang-wenangnya meningkatkan tawaran kami dengan jumlah seperti itu. Pogba jelas meningkatkan mereka sebagai salah satu pasukan terbesar dalam dunia bola sepak.”

Ketika ditanya pandangannya mengenai Liga Perdana Inggeris, Bartomeu menegaskan La Liga masih liga bola sepak terbaik di dunia.

“Kami perlu berhati-hati kerana di Liga Perdana, ada enam atau tujuh pasukan yang sentiasa berpeluang untuk memenangi liga,” katanya. “Ia liga yang amat kompetitif, dengan hanya La Liga berada di depan mereka.

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*