Karier Harry Kane musim ini mungkin berakhir

HARRY Kane memberi khabar dvka kepada Tottenham Hotspur di sebalik kemenangan tipis 1-0 ke atas Manchester City dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-juara.

Ia selepas penyerang sensasi itu terpaksa dikeluarkan akibat mengalami keceder4an pada buku lali apabila diterjah keras pemain City, Fabian Delph dalam aksi itu.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino memberi bayangan bahawa keceder4an itu mungkin menamatkan karier Kane untuk musim ini.

“Ya, saya risau dia (Kane) mungkin akan terlepas semua perlawanan untuk musim ini.

“Jika anda melihat ins1den itu, terj4han itu membuatkan pergelangan kakinya terk3hel dan mungkin memberi kesan kepada ligamen kakinya lagi. Kami perlu menilai keadaannya dalam beberapa hari lagi.

“Kami memang berharap ia bukan masalah besar dan berusaha untuk membantunya kembali pulih dalam masa terdekat, tetapi ia tidak kelihatan baik. Apa yang terjadi ini sungguh menyedihkan,” katanya.

Dalam pada itu, Pochettino turut menjelaskan adegan panas yang berlaku apabila beliau bersemuka dengan Delph selepas pemain itu mencederakan Kane.

“Saya bercakap dengan Delph mengenai keadaan yang berlaku kerana dia begitu kec3wa dan agresif terhadap Kane.

“Saya cuba memberitahunya bahawa dia mungkin akan dibuang padang jika aksi itu diteliti melalui VAR (Video Bantuan Pengadil). Tapi saya tahu dia tidak berniat menceder4kannya.

“Perbualan kami kelihatan k4sar tetapi ia sebenar adalah perbualan yang mesra, tiada masalah di antara kami,” katanya.

 

Sumber: SukanSinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*