Xavi, Safawi calon gol terbaik mingguan ACL

KUALA LUMPUR: Jaringan menarik dari luar kotak penalti yang dihasilkan Safawi Rasid ketika aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kelab China, Shandong Luneng, Selasa lalu dicalonkan untuk jaringan terbaik mingguan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Lebih menarik, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu akan bersaing dengan bekas bintang Sepanyol dan Barcelona, Xavi Hernandez selepas jaringannya bersama kelab Qatar, Al Saad SC turut dicalonkan.

Dua lagi jaringan yang turut dicalonkan adalah gol dari Shojae Khalilzadeh yang mewakili kelab Persepolis dan Khojiakbar Alijonov dari kelab Iraq, Pakhtakor.

Undian bagi menentukan jaringan terbaik minggu ini boleh dilakukan peminat menerusi laman web rasmi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), www.the-afc.com.

BH Sukan, hari ini melaporkan Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Rezal Zambery Yahya melabelkan jaringan Safawi sangat menarik dan berkelas dunia.

Ia jaringan pertama pemain berusia 22 tahun itu di pentas ACL dan ia pasti membanggakan walaupun JDT terpaksa akur tewas 2-1 kepada Shandong Luneng.

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*