Gol Pogba lonjak United

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui pasukannya bernasib baik untuk meny4mbar kemenangan 2-1 ke atas West Ham malam tadi hasil ‘ihsan’ dua gol penalti Paul Pogba.

United tumpas empat daripada lima aksi terakhir semua pertandingan dan bakal berdepan satu lagi t4mparan dalam usaha mereka membvru penamat empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ini selepas satu gol West Ham dibatalkan kerana ofsaid, percubaan terkena palang selain penjaga gol David de Gea melakukan satu usaha menyelamat yang hebat untuk menafikan percubaan Michail Antonio.

Pemain West Ham, Michaiel Antonio merembat ke arah gawang Manchester United pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. – Foto REUTERS

“Mereka beraksi lebih baik daripada kami, itu adalah kebenarannya, saya tidak fikir semua akan bersetuju,” kata Solskjaer.

“Kadang kala kami tewas ketika sepatutnya kami menang, jadi sepanjang musim keputusan ini akan berlaku.”

Pengendali dari Norway itu meletakkan Marcus Rashford dan Scott McTominay di bangku simpanan dalam lima pertukaran yang dibuatnya berbanding skuad yang tunduk 1-0 kepada Barcelona dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, Khamis lalu.

Solskjae turut rmengakui r0mbakan itu sebagai persiapan berdepan Barca dalam aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Nou Camp, Rabu ini yang secara tak langsung mempengaruhi pemilihan pemainnya.

“Beraksi Khamis lalu, dan hari ini dan kemudiannya pada Rabu ini sememangnya menjadi faktor utama,”katanya.

“Kami berjaya memungut tiga mata, dalam tempoh beberapa tahun lagi tidak sesiapapun akan mengingati aksi buruk ini sekiranya kami berupaya menamatkan liga dalam kelompok empat terbaik.”

Kemenangan itu melonjak United ke kedudukan kelima di atas Arsenal yang kekurangan satu aksi dengan Chelsea berkelebihan dua mata di kedudukan keempat.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*