SPAL kejutkan Juventus

MILAN: Penyerang muda sensasi Juventus, Moise Kean mel3dak gol keenamnya musim ini tetapi pendahulu Serie A itu dikejutkan dengan kekalahan 2-1 kepada SPAL, malam tadi.

Keputusan itu sekali gus menangguhkan keraian Juve untuk mengesahkan kejuaraan liga lebih awal.

Skuad kendalian Massimiliano Allegri itu hanya memerlukan satu mata untuk merangkul gelaran ke-35 Scudetto berbaki enam perlawanan liga selepas pasukan di tangga kedua, Napoli dibezakan dengan jurang mata yang besar.

Kean, 19, membuka tirai jaringan buat juara tujuh kali berturut-turut itu selepas setengah jam perlawanan berlangsung tetapi jaringan Kevin Bonifazi (m49) dan Sergio Floccari (m74) mengesahkan kemenangan SPAL.

“Mencipta rekod amat svkar, ia memerlukan tenaga dan kami juga terpaksa memberi tumpuan kepada aksi Eropah,” kata Allegri yang merehatkan beberapa tonggaknya termasuk Cristiano Ronaldo menjelang aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Ajax di Turin, minggu depan.

PEMAIN Juventus, Juan Cuadrado (kiri) diasak pemain SPAL, Sergio Floccari pada aksi Serie A di Stadium Paolo Mazza, Ferrara, malam tadi. – Foto EPA

“Jika kami menyenaraikan semua pemain utama, ia mungkin memudahkan kami untuk menang, tetapi kami juga mempunyai sasaran untuk dipenuhi pada Rabu ini.”

Juventus memiliki kelebihan 20 mata di depan Napoli dan masih boleh mengesahkan gelaran jika skuad kendalian Carlo Ancelotti itu gagal melakar kemenangan menentang kelab tercorot, Chievo esok.

Jika tidak, mereka boleh mengesahkan gelaran kelapan berturut-turut, Sabtu depan menentang Fiorentina di gelanggang sendiri.

“Kami terpaksa membayar sesuatu atas kekurangan pengalaman kami,” kata Allegri. “Kami menyenaraikan ramai pemain muda. Saya kec3wa dengan kekalahan ini kerana saya fikir kami lebih layak seri berbanding tewas.” 

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*