Drama VAR leburkan impian Man City

MANCHESTER: Pep Guardiola menegaskan VAR memastikan ‘bola sepak yang adil’ meskipun Manchester City tersingkir di suku akhir Liga Juara-Juara dengan cara yang kej4m menerusi kelebihan gol tempat lawan selepas terikat agregat 4-4 dengan Tottenham.

City mencatat kemenangan 4-3 dalam aksi timbal balik kedua pagi tadi, namun buat musim ketiga-tiga berturut-turut gagal mara ke separuh akhir di bawah Guardiola selepas keputusan VAR berpihak kepada Spurs.

Bermula dengan jaringan Fernando Llorente 17 minit sebelum tamat, bola kelihatan terkena tangan penyerang Spurs itu sebelum menggegar gawang.

Kemudiannya pada waktu kecedera4n, Raheem Sterling seakan melengkapkan gol hatriknya, namun jaringan City itu dibatalkan selepas Sergio Aguero dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid ketika membuat gerakan berkenaan.

“Saya menyokong penggunaan VAR. Ia hanya untuk melihat sama ada gol Llorente terkena tangan. Daripada satu sudut ia seakan terkena tangan, daripada sudut pengadil ia tidak terkena,” kata Guardiola.

“Saya terima seadanya untuk bola sepak yang adil, untuk keputusan yang adil. Jika ianya ofsaid, ia tetap ofsaid. Ia akan kekal adil di masa depan dan juga ketika ini.”

Kegagalan itu, bererti pembvruan empat gelaran City dalam semusim berakhir dan Guardiola meny4lahkan kes1lapan pemainnya dalam kedua-dua perlawanan sebagai punca.

Ia termasuk kegagalan Aguero menyempurnakan sepakan penalti dalam aksi pertama di London.

“Ia adalah sukar. Kami amat hampir untuk layak. Ia amat kej4m, tetapi kami perlu menerimanya,” kata Guardiola.

Dua lagi gol City aksi berkenaan masing-masing dihasilkan oleh Bernardo Silva pada minit ke-11 dan Aguero (m-59) manakala Son Heung-Min mel3dak dua jaringan Spurs pada minit ketujuh dan kesepuluh.

VIDEO:

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*