Figueroa akui kad merah awal buat tugas JDT sukar

Pengurus pasukan Johor Darul Ta’azim (JDT)), Luciano Figueroa mengakui tugas svkar yang dihadapi pemainnya semalam apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selama 80 minit. Perkara ini terjadi apabila pemain pertahanan JDT, Kiko Insa dilayangkan kad merah pada minit ke-10 selepas meng4sari pemain PKNS, Faizat Ghazali.

“Bermain dengan 10 pemain memang sukar terutamanya seawal minit ke-10. Tetapi biarpun dengan 10 pemain, kami tetap cuba menyerang dan menjaringkan gol. Kami mempunyai banyak peluang. Jika anda bermain dengan 10 pemain dan mendapat peluang, ianya perlu disempurnakan. Saya perlu beri penghargaan kepada semua pemain kerana memberikan yang terbaik biarpun terpaksa beraksi dengan 10 pemain.”

Ketika ditanya mengenai ins1den yang menyebabkan Kiko Insa dilayangkan kad merah, Luciano menyatakan dia tidak dapat melihat ins1den itu dengan jelas.

“Ianya memang satu kes4lahan kad merah kerana Kiko (Insa) adalah pemain terakhir. Saya tidak pasti jika dia ada menyentuh pemain itu atau tidak. Saya tidak boleh ulas kerana saya tidak pasti jika itu adalah satu ‘foul’, kerana saya tidak dapat melihat insi1den itu dengan jelas. Tetapi jika ianya satu kekas4ran, ia memang satu kes4lahan kad merah.”

JDT mempunyai peluang untuk membalas dend4m terhadap kekalahan ini apabila sekali lagi akan berdepan PKNS FC di Larkin. Kedua-dua pasukan kali ini akan bertemu dalam saingan Liga Super dengan JDT mahu bangkit semula untuk terus mengekalkan takhta mereka.

Kredit foto: Malaysia Football League

VIDEO:

Kredit: MSuper League

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*