Lupakan seketika Messi, fokus pada Cardiff

PORTO, Portugal: Jurgen Klopp mungkin tidak dapat tidur yang cukup ketika dia cuba memikirkan bagaimana untuk menyekat Lionel Messi, tetapi ketika ini pengendali dari Jerman itu boleh berbangga melihat Liverpool melebarkan rekod baik mereka di Eropah di bawah kendaliannya.

Selepas menang 2-0 di laman sendiri, Liverpool sentiasa sedar bahawa gol tempat lawan pada pusingan kedua suku akhir berdepan FC Porto di Estadio do Dragao mengesahkan kemaraan mereka.

Klopp kekal tanpa kalah selepas pertemuan dua pusingan 10 saingan Eropah selaku pengurus Liverpool dengan dua daripadanya bertemu Porto.

Bagaimanapun fokus baharu mereka kini ialah dalam Liga Perdana dengan Liverpool dua mata di atas Manchester City dan bermain lebih satu perlawanan.

Klopp terus berada di Portugal selepas saingan awal pagi tadi sebelum kembali dan bersedia menghadapi pasukan bergelvt dengan penyingkiran, Cardiff City, Ahad ini.

Klopp menggilirkan skuadnya, dengan Divock Origi melakukan kemunculan semula manakala Roberto Firmino dan Jordan Henderson hanya digunakan sebagai pemain simpanan.

“Pada fasa ketiga terakhir musim anda sudah boleh melihat garisan penamat tetapi anda perlukan sedikit tuah dengan keceder4an,” kata Klopp.

“Kami kembali bermain selepas tiga hari, jadi kami akan pulang esok dan bersedia untuk satu lagi pertemuan tegang.”

Cardiff meneruskan sisa-sisa perjuangan mereka dengan menang 2-0 di Brighton and Hove Albion pada Selasa.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*