Everton malvkan United

MERSEYSIDE: Everton memaksa Manchester United mengharungi kekalahan keenam daripada lapan perlawanan selepas melakar kemenangan besar 4-0 di Goodison Park, sebentar tadi.

Kekalahan menyaksikan harapan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu untuk layak beraksi di kancah Liga Juara-Juara musim depan berdepan tamp4ran apabila kekal di tangga keenam liga berbaki empat perlawanan.

Dua gol masing-masing daripada Richarlison dan Gylfi Sigurdsson pada babak pertama membuktikan dominasi tuan rumah ke atas United yang beraksi di luar tahap sebenar selepas penyingkiran memalvkan di Liga Juara-Juara, pertengahan minggu lalu.

Pemain Perancis, Lucas Digne mel3dak jaringan menarik yang juga jaringan ketiga Everton sebelum bekas pemain Arsenal, Theo Walcott melengkapkan jumlah gol kemenangan.

Penyerang Manchester City, Romelu Lukaku (kiri) dibentes pemain Everton, Michael Keane pada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi. – Foto REUTERS

Tindakan Solskjaer untuk meletakkan pertahanan tengahnya Victor Lindelof di posisi kanan tampak tidak menjadi apabila kebanyaka gerakan berbah4ya Everton hadir daripada sebelah kiri dengan balingan mengelirukan Digne membawa kepada gol pembukaan.

Berpunca daripada balingan ke dalam Digne ke kawasan penalti, ia kemudian ditanduk Dominic Calvert-Lewin sebelum disambar Richarlison menerusi gerakan akrobatik menewaskan David de Gea pada minit ke-13.

Everton meneruskan anc4man ke kubu United dan memperoleh gol kedua pada minit ke-28 berpunca daripada rembatan padu dari luar kotak penalti oleh Sigurdsson.

Solskjaer melakukan dua pertukaran pada babak kedua dengan memasukkan Ashley Young dan Scott McTominay bagi menggantikan Phil Jones dan Fred.

Pemain Everton, Theo Walcott (kanan) menjaringkan gol keempat pasukannya ketika menentang Manchester City, sebentar tadi. – Foto Reuters

Begitupun, ia tidak dapat menghalang kemaraan Everton apabila menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-55 sekali pun mereka kehilangan Richarlison susulan keced3raan.

Everton hampir meledak gol keempat tetapi diselamatkan De Gea di garisan gol sebelum pemain gantian, Theo Walcott tetap menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-63.

Keputusan meninggalkan United ketinggalan dua mata daripada kedudukan empat terbaik berbaki empat perlawanan dengan Manchester City dan Chelsea dijadual menjadi lawan mereka minggu depan.

Everton pula melangkah ke tangga ketujuh.

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*