Barca tewas, hilang Dembele

MADRID: Barcelona merehatkan kesebelasan utamanya yang menent4ng Liverpool ketika separuh akhir pertama Liga Juara-Juara dan dihukvm dengan kekalahan 2-0 di tangan kelab bergelvt Celta Vigo dalam saingan La Liga.

Lionel Messi, Luis Suarez dan Philippe Coutinho antara yang direhatkan menjelang aksi timbal balik di Anfield Selasa ini, dengan Ousmane Dembele dijangka tidak dapat beraksi akibat kecedera4n selepas terpaksa dikeluarkan pada babak pertama permainan.

Kelab kemudian mengesahkan Dembele ceder4 di bahagian paha – keceder4an sama yang memaksanya berehat hampir empat bulan musim lalu dan mengalami masalah sama pada Januari dan Mac tahun ini.

“Kami rasa ototnya koy4k,” kata pengendali Barcelona Ernesto Valverde. “Ia bukan kerana keletihan – dia tidak beraksi menent4ng Liverpool – dan ia bukan di kaki yang sama seperti sebelum ini.”

PEMAIN Celta Viga meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol dalam saingan La Liga. – Foto Reuters

Kekalahan kepada Celta itu bagaimanapun tidak menjejaskan Barcelona yang sudah mengesahkan kejuaraan La Liga ke-26 mereka hujung minggu lalu, namun buat Celta kemenangan itu cukup bermakna apabila mereka kini lima mata di atas garis penyingkiran dengan dua perlawanan berbaki.

Maxi Gomez meletakkan Celta di depan pada minit ke-67 sebelum penalti di akhir permainan disempurnakan Iago Aspas mengesahkan tiga mata buat mereka.

Real Valladolid dan Girona, yang berada di bawah Celta, pastinya kecewa dengan percaturan Valverde yang mengutip 10 mata daripada mereka musim ini.

 

Smber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*