Adakah keajaiban Liverpool bakal berulang pada aksi terakhir liga?

SELEPAS kira-kira 10 bulan berlangsung, Liga Perdana Inggeris (EPL) akhirnya tiba dipenghujungnya. Liga paling popular di dunia ini bakal melabuhkan tirainya hari ini dengan semua perlawanan ke-38 akan diadakan serentak jam 10 malam waktu Malaysia.

Pada penghujung saingan ini, nampaknya hanya satu soalan yang belum terjawab iaitu kejuaraan liga milik pasukan mana kali ini. Adakah Manchester City akan mengekalkan kejuaraan musim lalu, atau Liverpool bakal mer4mpasnya?

Ketika ini, City bimbingan Pep Guardiola mendahului The Reds yang dipimpin Jurgen Klopp dengan hanya satu mata. Berdasarkan perkiraan mudah, bagi memastikan trofi itu kekal di Manchester, The Citizens hanya perlu memastikan kemenangan ke atas Brighton di Stadium Falmer.

The Reds sebaliknya pula hanya berpeluang `mencur1` kejuaraan itu seandainya mereka menewaskan lawan terakhir mereka iaitu Wolves di Anfield dan dalam masa sama City tewas atau seri dengan Brighton.

Adakah situasi itu boleh berlaku? Tepuk dada tanya selera.Dalam kata mudah, Liverpool dalam diam mengharapkan `bantuan’ Brighton untuk mengejutkan anak buah Guardiola, ketika mereka dalam masa sama harus pula membenam Wolves di depan penyokong sendiri.

Berbanding City yang tampil bersemangat tinggi memburu kejuaraan `treble’ musim ini, apakah motivasi yang mampu meros4kkan `parti’ law4nnya itu pada aksi terakhir berkenaan? Bagi penulis tiada. Ini kerana Brighton sudah pun sah kekal beraksi di EPL musim depan selepas aksi 37 lalu.

Jika pun ada, mereka mungkin sekadar ingin meraikan kejayaan kekal itu dengan kemenangan di laman sendiri.

Justeru, peluang City kekalkan kejuaraan adalah tinggi. Sudah pasti kejuaraan liga adalah pengvbat dvka paling bermakna buat Guardiola selepas tersingkir di suku akhir Liga Juara-Juara di tangan Spurs yang sekali gus menutup peluang mereka memenangi empat trofi musim ini.

City yang sudah memenangi Piala Liga, bakal menentang Watford pada aksi final Piala FA di Wembley pada 18 Mei ini.

Dalam pada itu, penyokong Liverpool mungkin boleh berharap tuah atau keajaiban yang berlaku pada peringkat separuh akhir kedua saingan Liga Juara-Juara menentang Barcelona di Anfield pada pertengahan minggu berulang kembali.

Pada aksi itu, The Reds melakukan kebangkitan luar biasa untuk mara ke final dengan agregat 4-3 selepas ketinggalan 0-3 pada aksi pertama di Nou Camp. Mereka bakal membuat perhitungan dengan Tottenham pada aksi final di Madrid, 2 Jun ini, jam 3 pagi waktu Malaysia.

Jika di Anfield, Liverpool yang melakukan sendiri keajaiban itu, namun seperti saya katakan di atas, pada perebutan trofi liga, mereka terpaksa mengharapkan ehsan Brighton di Stadium Falmer dan Wolves di laman sendiri.

Dalam pada itu, perebutan dua slot lagi untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan sudah pun berakhir minggu lalu selepas Tottenham dan Chelsea mengesahkan tempat masing-masing. Mereka bakal mengiringi City dan Liverpool yang lebih dulu layak.

Pun begitu, penyokongThe Blues harus paling ceria berganda apabila kelab kesayangan mereka layak ke final Liga Europa kelmarin. Pasukan bimbingan Maurizio Sarri itu bakal berdepan, seteru tetangga di London iaitu Arsenal.

Buat The Gunners pula, kejayaan mara ke final ini adalah peluang kedua untuk mereka layak ke Liga Juara-Juara atas tiket juara. Mampukah mereka melakukannya? Kita tunggu aksi final itu di Stadium Olimpik Baku, Azerbaijan pada 30 Mei ini.

Sementara itu, Manchester United terpaksa berpuas hati bersaing dalam saingan Liga Europa musim depan, selepas gagal layak dalam kelompok empat terbaik musim ini. Selamat menonton.

RAMALAN MINGGU TERAKHIR

Tottenham 1 Everton 1

Man United 2 Cardiff 0

Watford 2 West Ham 1

Southampton 2 Huddersifield 1

Leicester 2 Chelsea 2

Fulham 2 Newcastle 1

Liverpool 3 Wolves 1

C Palace 2 Bournemouth 2

Brighton 0 Man City 4

Burnley 1 Arsenal 2

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*