10 pemain boleh disambar dengan percuma

PARIS: Sekurang-kurangnya terdapat 10 pemain handalan Eropah kini berstatus ejen bebas sejurus mereka menamatkan kontrak bersama kelab masing-masing pada cuti musim panas Julai ini.

Mereka yang terbabit antaranya pemain PSG, Adrien Rabiot, Ander Herrera (Manchester United), Vincent Kompany (Manchester City), Danny Welbeck (Arsenal), Daniel Sturridge (Liverpool), Juan Mata (Manchester United), Gary Cahill (Chelsea), James Milner (Liverpool), Diego Godin (Atletico Madrid) dan Yacine Brahimi dari Porto.

Hubungan Rabiot bersama jurulatihnya PSG, Thomas Tuchel dilaporkan bermas4lah dan pernah diarahkan berlatih bersama pasukan simpanan selepas dia enggan menandatangani kontrak baharu.

Rabiot dikatakan berminat menyertai sama ada Barcelona atau Arsenal. – Foto Reuters

Lebih p4rah, ibu pemain itu, Veronique memberitahu akhbar sukan Perancis, L’Equipe bahawa anaknya ‘dipenj4ra’ oleh PSG selepas mereka kalah di tangan Manchester United dalam suku akhir Liga Juara-Juara bulan lalu.

Rabiot dikatakan berminat menyertai sama ada Barcelona atau Arsenal yang kini masing-masing kelihatan meningkatkan bidaan memancing pemain berusia 24 tahun itu.

Pemain United, Ander Herrera juga berdepan masalah kontrak yang menghalangnya kekal lebih lama di Old Trafford.

Ander Herrera berdepan m4salah kontrak yang menghalangnya kekal lebih lama di Old Trafford. – Foto Reuters

Pemain Sepanyol itu dilaporkan buntv untuk mendapatkan kontrak baharu dengan gaji lebih £150,000 (RM825,000) seminggu menyebabkan dia dijangka akan berpindah ke PSG musim depan selepas juara Ligue 1 Perancis itu berjaya mendapatkan tandatangan awalnya biarpun Arsenal turut menyatakan minat.

Dalam pada itu, Kapten Manchester City, Vincent Kompany dijangka ditawarkan kontrak baharu bersama City meskipun Etihad belum menjamin akan berbuat demikian selepas UEFA bakal meny1asat perbelanjaan mereka berhubung pembelian pemain.

Kompany dijangka ditawarkan kontrak baharu bersama City. – Foto Reuters

Pep Guardiola Januari lalu sudah memberi bayangan betapa kontrak pemain Belgium itu akan dikaji semula kerana Kompany kini dihimpit masalah keceder4an serius.

Pertahanan Atletico Madrid, Diego Godin juga mencari angin baharu menyertai Inter Milan selepas sembilan tahun berbakti bersama Diego Simeone. 

Pemain berusia 33 tahun itu sudah melakar banyak kejayaan bersama Atletico dan pada 7 Mei lalu dia menyatakan keinginannya merasai cabaran di Serie A pula.

Diego Godin mencari angin baharu. – Foto AFP

“Saya tidak menyesal. Dalam kehidupan, memang ada susah senang tetapi yang susah itulah mematangkan anda,” katanya kepada media.

Godin dijangka tidak berdepan masal4h ke Milan kerana Sky Sports Italia pernah melaporkan pemain Uruguay itu lulus ‘uj1an rahsia’ yang dijalankan kelab itu Januari lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AFP via BH

 

Agensi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*