Guardiola kalahkan Klopp pengurus terbaik tahunan

LONDON: Bos Manchester City, Pep Guardiola mengatasi Jurgen Klopp untuk merebut trofi buat kali kedua dalam tiga hari apabila pengendali dari Catalan itu meraih gelaran pengurus terbaik tahunan Persatuan Pengurus Liga, hari ini.

Guardiola mengekalkan gelaran Liga Perdana pada Ahad lalu menewaskan skuad kendalian Klopp, Liverpool dengan satu mata pada penghujung pemburvan liga.

Selain turut memenangi Piala Liga pada awal kempen, skuad Guardiola boleh melengkapkan tiga kejuaraan domestik bola sepak England apabila meeka berdepan Watford pada final Piala FA di Wembley Sabtu ini.

Guardiola mendahului undian di depan Jurgen Klopp, pengurus Tottenham; Mauricio Pochettino, yang membawa Spurs ke final pertama Liga Juara-Juara dan Nuno Espirito Santo dari Wolves, yang menamatkan saingan di tangga ketujuh pada musim pertama kembali ke liga utama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*