Liverpool berhak julang trofi – Wijnaldum

LONDON: Georginio Wijnaldum berkata musim ‘mengagumkan’ Liverpool perlu dilengkapkan dengan trofi ketika Reds bakal mengharungi final Liga Juara-Juara menent4ng Tottenham, bulan depan.

Liverpool kendalian Jurgen Klopp terlepas peluang untuk menamatkan kemarau 29 tahun kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas diatasi Manchester City dengan satu mata pada aksi terakhir liga.

Mereka begitupun masih berpeluang menjulang trofi apabila dijadual menenta4ng Spurs pada aksi final saingan elit Eropah di Madrid, Sepanyol dan dilabel sebagai pilihan.

Wijnaldum berkata kelab itu mahu menjulang trofi sebagai bukti mereka mengharungi musim yang menakjubkan di Liga Perdana apabila mengumpul keseluruhan 97 mata, jumlah ketiga tertinggi dalam sejarah kejohanan.

“Secara keseluruhan saya fikir kami mengharungi musim yang baik dan kini mencabar untuk menamatkannya dengan gelaran bagi melengkapkan musim ini,” kata pemain kelahiran Belanda berusia 28 tahun yang meled4k dua gol ketika Liverpool menewaskan Barcelona 4-0 di separuh akhir.

“Pasti amat menyed1hkan jika kami menamatkan musim ini tanpa gelaran, terutama kerana saya fikir kami agak konsisten dan prestasi kami bagus. Saya fikir kami berhak mendapatkan satu pada musim ini.”

Wijnaldum berkata Liverpool tidak berpeluang untuk menentukan takdir mereka bagi saingan Liga Perdana seperti di Liga Juara-Juara.

“Ia pasti menjadi amat istimewa, terutama kerana pada musim ini kami berhak untuk mendapat penamat seperti itu,” katanya mengulas peluang Liverpool memenangi gelaran keenam Eropah. “Kami akan melakukan apa saja untuk mendapatkannya tetapi ia pasti sukar.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :  AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*