Dua kelab besar cuba cantas Barca dapatkan De Ligt

LONDON – Matthijs de Ligt dilaporkan akan menyertai Barcelona, namun perjalanan tersebut tergendala disebabkan oleh ejennya, Mino Raiola.

Kapten Ajax itu bersedia untuk meninggalkan kelab Belanda itu dengan menyertai Barca, yang menjadi pasukan terawal ingin mendapatkan khidmatnya.

Manchester United dan Liverpool juga berhasrat mendapatkan pemain berusia 19 tahun itu, dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu cuba menc4ntas Barca daripada melengkapkan perpindahan De Ligt.

MARCA melaporkan Barca mengekori rapat De Ligt, dengan juara La Liga itu bersungguh-sungguh untuk membawanya ke Catalan sambil mengesahkan mereka memerlukan hanya selangkah untuk melengkapkan perpindahannya.

Perjanjian termasuk gaji De Ligt juga telah disediakan di Camp Nou, namun hanya satu halangan yang Barca perlu tempuhi iaitu Raiola.

Ejen tersebut dilaporkan telah digantvng daripada aktiviti bola sepak selama tiga bulan, namun Raiola mungkin mempunyai wakil pengurus yang berpotensi mengambil alih tugasnya.

Bagaimanapun, Barca dikatakan tidak mempunyai hubungan rapat dengan ejen terkenal itu dan tiada perancangan untuk berusaha menyelesaikan perpindahan saga itu.

Mereka sekadar berharap segalanya akan selesai pada minggu akan datang, namun dua kelab Liga Perdana Inggeris itu terus mengasak untuk mendapatkan De Ligt.

Liverpool dilihat berupaya meraihnya berbanding musuh tradisinya, United, yang gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :AGENSI via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*