Pogba tak sesuai di MU

PAUL Pogba dinilai bukan pemain tepat untuk Manchester United selepas gagal membantu The Red Devils memenangi sebarang kejuaraan musim ini.

Penganalisis bola sepak England, Liam Rosenior berkata, walaupun pemain Perancis itu tampil baik dengan 16 gol dan 11 bantuan gol musim ini, tetapi ia sumbangannya masih belum cukup memadai berbanding statusnya sebagai pemain terbaik dunia.

Malah, kata Rosenior, Pogba juga tidak mampu memantu United untuk berada di kelompok empat pasukan terbaik sebaliknya mengakhiri liga di kedudukan keenam.

“Pogba bukan pemain tepat yang diperlukan oleh United ketika ini. Tak dinafikan dia adalah pemain berkelas dunia. Tetapi adakah dia boleh bermain berasam United selain menjadi pemimpin pasukan?tidak.

“Saya ingat Michael Carrick sebagai pemain yang United perlu ada kerana posisinya dan sifat tak mementingkan diri sendiri. Dia membuat pemain di sekitarnya menjadi lebih baik.

“Pogba membuat pemain di sekitarnya menjadi lebih bvruk kerana mereka harus mengisi posisi pogba ketika dia bergerak bebas,” katanya.

Masa depan Pogba di United ketika ini tidak menentu dan dikatakan akan berhijrah ke kelab lain musim depan selain turut terlibat perselis1han faham dengan penyokong selepas perlawanan terakhir EPL dengan Cardiff City.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UtusanOnline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*