Korea tarik diri dari anjur Piala Asia 2023

WELLINGTON: China mungkin menjadi tuan rumah Kejohanan Bolasepak Piala Asia 2023 sekali lagi selepas Korea Selatan menyatakan hasrat menarik diri.

Persatuan Bolasepak Korea (KFA) sudah memaklumkan hasrat mereka untuk menarik diri kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menerusi surat semalam.

China kali pertama menjadi tuan rumah kejohanan itu pada 2004 yang menyaksikan mereka tewas 1-3 di tangan Jepun dalam final di Beijing.

“Kami perlu membuat pilihan antara menganjurkan Piala Asia 2023 dan Piala Dunia Wanita,” kata  Setiausaha Agung KFA, Chun Hanjin dalam kenyataan rasminya.

“Kami mengambil keputusan untuk menganjurkan Piala Dunia Wanita.

“Dalam kes penganjuran Piala Dunia Wanita, FIFA dan kerajaan secara aktif akan membantu dua negara Korea menjadi tuan rumah bersama.”

Mac lalu, KFA mengumumkan bahawa mereka bersama Korea Utara akan membida sebagai tuan rumah bersama menganjurkan Piala Dunia Wanita 2023.

Selain Korea, Argentina, Australia, Bolivia, Brazil, Colombia, Jepun, New Zealand dan Afrika Selatan juga menyatakan minat sebagai tuan rumah.

AFC dijangka mengumumkan tuan rumah Piala Asia 2023 pada 4 Jun ini.

Qatar, yang menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 menjuarai Piala Asia buat pertama kali awal tahun ini dengan mengatasi Jepun 3-1 dalam final yang berlangsung di Emeriah Arab Bersatu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

 

Sumber: Reuters via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*