City belanja lebih besar selepas kejuaraan treble

LONDON 19 Mei – Pep Guardiola kelihatan agak serba salah ketika pasukannya, Manchester City terpaksa membel4sah Watford 6-0 untuk merangkul trofi ketiga mereka bagi musim 2018/19 selain mencatat kemenangan terbesar dalam sejarah 116 tahun final Piala FA di Wembley awal hari ini.

Ternyata selepas turut bergelar juara Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga musim ini, jauh di sudut hati masih ada satu trofi yang menjadi idaman pengendali dari Sepanyol ini untuk digapai bersama City iaitu Liga Juara Juara Eropah.

Walaupun menganggap kejuaraan treble yang dicatatnya buat kali pertama musim ini lebih manis berbanding kejuaraan Eropah yang sudah terlepas untuk kesekian kalinya, Guardiola tidak boleh lari daripada memfokuskan pasukannya untuk meraih trofi lebih besar musim depan.

Atas dasar itu selain mahu mengekalkan dominasi di liga domestik, Guardiola awal-awal lagi telah memberi gambaran bahawa City akan hadir dengan lebih kuat musim depan untuk memenuhi hajat lebih besar yang belum kesampaian.

Ini bermakna Guardiola sudah bersedia untuk berbelanja besar bersama pemilik City, Sheikh Mansour untuk mencari pemain terbaik dalam mencapai hasrat tersebut.

“Kami menjuarai liga dengan kelebihan satu mata sahaja, jadi prestasi kami belum cukup bagus lagi untuk berasa selesa. Liverpool menunjukkan kepada kami betapa sukarnya saingan pada musim depan.

“Inilah tahap cabaran yang bakal kami hadapi. Pemilik kelab ini telah melakukan pelaburan yang berbaloi untuk berada pada tahap sekarang. Adakah ini boleh dilakukan tanpa pemain bintang? Sudah tentu tidak,” tegas Guardiola.

Beliau yang setakat ini sudah memiliki 27 trofi dalam koleksinya sebagai pengendali pasukan, pastinya mahu menghadiahkan City juara Eropah sama seperti ketika dia berjaya membawa Barcelona merangkulnya sebanyak tiga kali.

Bersama barisan pemain sedia ada, City mampu menjadi lebih baik dengan kehadiran pemain bintang baharu yang mahu dibeli untuk musim depan. Dengan bajet besar yang sudah tersedia, ia bukan masalah untuk melakukannya.

Itu pun kalau City tidak dihukvm FIFA atau UEFA daripada beraksi di Liga Juara Juara Eropah musim depan berikutan mereka kini sedang dis1asat berhubung kesal4han melangg4r peraturan kewangan ketika berbelanja membeli pemain.

Sebarang penggantungan bagaimanapun masih belum pasti sekaligus tidak menghalang Guardiola untuk merancang ketibaan pemain baharu dalam usahanya untuk memulakan impian lebih besar musim depan bermula dengan Piala Sumbangsih menentang Liverpool pada Ogos nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AFP via UTUSAN

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*