Kompany umum tinggalkan Man City

LONDON: Kapten pasukan Vincent Kompany hari ini mengumumkan yang dia akan meninggalkan Manchester City selepas 11 tahun membantu kelab meraih pelbagai kejayaan.

Pertahanan 33 tahun Belgium itu menyertai kelab berkenaan pada musim panas 2008 dan membuat 360 penampilan, memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA, empat Piala Liga dan dua Perisai Komuniti.

Dia mengakhiri kariernya dengan kejuaraan Piala FA semalam di mana City membelasah Watford 6-0 untuk melengkapkan treble domestik.

“Sudah tiba masanya untuk saya pergi. Dan ia musim yang cukup menarik sebagai penutup,” kata Kompany yang menyertai City dari Hamburg.

“Tidak ada apa yang saya rasakan selain rasa terima kasih. Saya berterima kasih kepada mereka yang menyokong saya dalam perjalanan indah bersama kelab istimewa ini.

“Saya tidak akan lupa bagaimana semua penyokong Man City kekal setia bersama saya ketika senang dan terutamanya ketika susah. Anda sentiasa menyokong saya dan memberi inspirasi buat saya untuk tidak berputus asa.

“(Pemilik kelab) Sheikh Mansour mengubah hidup saya dan semua penyokong City di seluruh dunia, terima kasih untuk itu.”

Kompany turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan dan pengendali, Pep Guardiola.

“Tanpa rakan sepasukan, saya tidak akan berada di sini hari ini. Khas buat Pep dan kakitangan pasukan, anda luar biasa. Terima kasih!” katanya.

Foto: Express & Star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*