MotoGP: Hafizh Syahrin Akhiri Penantian Mata Pertama Musim 2019

Selepas lima pusingan perlumbaan MotoGP musim ini, pelumba Red Bull KTM Tech3, Hafizh Syahrin Abdullah akhirnya berjaya menamatkan penantian panjang beliau untuk mengutip mata pertama selepas menduduki kedudukan ke 14 dalam perlumbaan di litar Le Mans, Perancis.

Walaupun bermula dari kedudukan ke dua terakhir di petak permulaan, Hafizh berjaya mendaki satu demi satu anak tangga kedudukan selepas enam pelumba di hadapan beliau termasuk Maverick Vinales terlibat dalam kemal4ngan dan dikenakan penalti.

Kejayaan Hafizh pada kali ini juga menjadi lebih manis selepas beliau berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan rakan sepasukannya, Miguel Oliveira selepas pelumba muda itu dikenakan penalti potongan masa selepas melakukan kesal4han ketika di penghujung perlumbaan.

Perlumbaan pusingan kelima yang berlangsung pada Ahad sekali lagi dimenangi oleh Marc Marquez untuk menjadikan tiga kemenangan dari keseluruhan lima perlumbaan selepas turut melakukannya di Argentina dan Sepanyol sebelum ini.

Turut berada di podium kali ini di Le Mans adalah duo Mission Winnow Ducati, Andrea Dovizioso dan juga Danilo Petrucci. Lebih manis lagi, ini adalah podium pertama buat Petrucci sejak menyertai pasukan itu dari Pramac Racing pada awal musim ini.

Walaubagaimanapun, sedikit mal4ng buat Monster Energy Yamaha apabila keputusan terbaik mereka hanya hadir melalui Valentino Rossi yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima. Seorang lagi pelumba mereka, Maverick Vinales pula gagal untuk menamatkan saingan selepas terlibat dalam perlanggaran dengan ‘rookie’ Francesco Bagnaia.

Pasukan satelit mereka  pula, Petronas Yamaha SRT terpaksa berpuas hati di kedudukan ke tujuh dan lapan keseluruhan melalui pelumba mereka Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo.

Walaupun beraksi cemerlang dalam saingan Moto3 yang berlangsung terlebih awal pada Ahad apabila pelumba mereka, John McPhee berjaya mencatatkan kemenangan pertama musim ini, kejayaan tersebut tidak dapat diteruskan oleh pasukan dari Malaysia itu dalam kedua-dua saingan Moto2 dan MotoGP.

Dalam saingan Moto2, pelumba bebas dari Itali, Mattia Passini yang menggantikan Khairul Idham Pawi gagal untuk menamatkan perlumbaan selepas terlibat dalam perlangg4ran ketika di awal perlumbaan. Keputusan tersebut ternyata mengecew4kan selepas pelumba berpengalaman itu berjaya beraksi dengan cemerlang dalam pusingan kelayakan pada Sabtu dan bermula di kedudukan ke empat dalam perlumbaan kali ini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*