Betis tambah der1ta Madrid

MADRID: Musim hambar Real Madrid berakhir dengan kekalahan ke-12 dalam kempen liga musim ini selepas ditundukkan di laman sendiri 2-0 oleh Real Betis dengan penyokong-penyokong pulang awal dan yang tinggal hanya untuk meng3jek pemain-pemain ketika keluar padang.

Dengan Gareth Bale, Toni Kroos dan Thibaut Courtois direhatkan, penyer4ng Betis Loren Moron meletakkan pelawat di depan pada minit ke-61 hasil ser4ngan balas pantas.

Bekas penyer4ng Madrid Jese Rodriguez memastikan kemenangan buat Betis, yang menamatkan saingan di tangga ke-10 tetapi membuat kejutan dengan kemenangan di Nou Camp dan Santiago Bernabeu, apabila mudah menolak masuk bola ke gawang Madrid pada minit ke-75.

Madrid mengakhiri kempen di tangga ketiga pada 68 mata, kutipan paling rendah sejak musim 2001/02, manakala 12 kekalahan liga adalah yang paling buruk sejak kempen 1998/99.

Media Sepanyol melaporkan yang Bale tidak akan bersama kelab itu musim depan, dan penyer4ng Wales itu langsung tidak dimasukkan pada perlawanan terakhir itu.

Pengendali Madrid Zinedine Zidane menegaskan masa depan pemain tidak bergantung kepada pemilihan yang dilakukan dalam satu-satu perlawanan.

“Saya tidak tahu sama ada ia perlawanan terakhir untuk mereka atau tidak. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku,” kata Zidane.

“Saya rasa jika pemain itu tidak sesuai dengan pasukan, saya perlu lakukan apa yang terbaik. 

“Tidak ada sesiapa yang dapat mengubah apa yang sudah Bale lakukan untuk pasukan, tetapi sebagai jurulatih saya perlu melihat situasi semasa.”

 

Sumber: REUTERS via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*