Kompany cetus kejutan selepas buat keputusan tinggalkan City

Sehari selepas membuat pengumuman akan meninggalkan Manchester City, tonggak pertahanan, Vincent Kompany mengambil keputusan mengejut untuk kembali berbakti bersama kelab lamanya, Anderlecht.

Pemain berusia 33 tahun itu bukan sahaja bakal menjadi pemain kelab Belgium itu, malah dia turut diberikan tanggungjawab serta peranan sebagai pengurus.

Kompany yang mengikat kontrak tiga tahun bakal menggantikan pengurus sebelum ini, Karim Belhocine yang dipecat kerana persembahan burvk Anderlecht musim ini.

“Saya sudah memutuskan untuk menerima tawaran sebagai pemain dan pengurus di Anderlecht. Ini mungkin mengejutkan dan saya akui ia adalah keputusan paling luar biasa yang pernah saya buat, bukan sesuatu yang rasional.

“Saya akui tugas berat menanti saya di Anderlecht selepas kelab itu berada dalam keadaan terumbang ambing dan hanya mengakhiri liga di kedudukan keenam,” katanya.

Kompany bakal meninggalkan City pada musim panas nanti setelah 11 tahun membantu The Citizens meraih pelbagai kejayaan termasuk kejuaraan treble – Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Piala Liga musim ini.

“Anderlecht memang menjadi destinasi terakhir saya sebelum bersara dan waktu ini sangat tepat untuk saya sertai semula kelab itu,” katanya yang telah membuat 360 penampilan, memenangi empat gelaran EPL, dua Piala FA, empat Piala Liga dan dua Perisai Komuniti bersama City.

Untuk rekod, Anderlecht adalah kelab pertama dalam karier profesional Kompany ketika dia membuat penampilan sulung dalam kancah bola sepak profesional pada tahun 2003.

Tiga tahun bermain di sana, Kompany berhijrah ke Hamburg pada 2008 sebelum dia membuat keputusan menyarung jersi City.

“Sebagai pemain, saya lahir dan dibesarkan di Anderlecht. Sejak umur enam tahun, saya sudah bersama kelab itu. Mereka sangat hebat dan tugas saya untuk mengembalikan kegemilangan mereka,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SukanSinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*