Lima Perkara: Pahang terpaksa akur, Perak kutip satu mata di Stadium Darul Makmur

Aksi terakhir Liga Super Malaysia, minggu ke-14. Pertembvngan di antara Pahang dan Perak berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan selepas 90 minit permainan di Stadium Darul Makmur. Skuad Tok Gajah terpaksa akur berkongsi satu mata dengan skuad The Bos Gaurus pada malam ini.

Berikut adalah lima perkara yang kami dapati daripada perlaw4nan Pahang dan Perak sebentar tadi:

#1 Perak turun tanpa kelibat Hafizul Hakim & Shahrul Saad

Menent4ng Pahang di Stadium Darul Makmur, Mehmet Durakovic terpaksa melupakan khidmat pertahanan tengah kental, Shahrul Saad kerana digantung perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning. Manakala penjaga gol, Hafizul Hakim berada dalam keceder4an.

Justeru, Mehmet menurunkan import baharu mereka, Hussein El Dor bergandingan dengan Idris Ahmad di bahagian pertahanan tengah serta Khairul Amri Salehuddin di posisi penjaga gol. Walaupun Pahang dilihat menguasai permain dan banyak melakukan percubaan ke arah gawang Perak, barisan pertahanan dan penjaga gol The Bos Gaurus berjaya mengekang asakan tersebut dan memastikan tidak membolosi sebarang gol pada babak pertama.

Babak kedua, pertahanan Perak masih mengekalkan disiplin yang sama. Satu penampilan yang baik terutamanya bagi Hussein El Dor di mana beliau meraih penampilan pertama dengan ‘clean sheet’.

 

#2 Pahang tiada idea, barisan ser4ngan tumpul

Tamat separuh masa pertama, seri tanpa jaringan di antara pasukan tuan rumah dan pelawat. Dollah Salleh pastinya menjadi insan yang paling kecew4 ketika ini. Bermain di hadapan penyokong sendiri, menguasai permainan dan memiliki lebih banyak percubaan namun tiada satu yang dapat ditukarkan kepada jaringan.

Berhadapan dengan Perak yang berdisiplin ketika bertahan, Pahang dilihat sangat kekurangan idea untuk menembusi barisan pertahanan law4n. Mereka sekadar mengharapkan bola lintang daripada Matt Davies, Saddil Ramdani dan Faisal Rosli disamping menggunakan kelajuan Sumareh untuk membel4h pertahanan Perak. Menambah kedvkaan Pahang adalah ketumpulan barisan ser4ngan gagal menghadirkan jaringan yang diketuai oleh Ze Love.

Babak kedua juga tidak banyak perbezaan di mana Pahang masih bergelvt dengan isu yang sama walaupun selepas melakukan tiga pertukaran pemain.

 

#3 J. Partiban cur1 tumpuan

Bukan seorang tonggak utama atau pilihan utama Mehmet dalam kesebelasan utama Perak. Namun menentang Pahang pada malam ini, J. Partiban yang bermain di posisi sayap kanan mencuri tumpuan.

Dengan kebanyakan ser4ngan Perak bertumpu kepada ser4ngan balas, kehadiran J. Partiban memberi anc4man kepada barisan pertahanan Pahang. Beliau laju, memiliki ‘work rate’ yang tinggi di samping rajin untuk membantu Perak ketika menyer4ng dan bertahan. Matyo yang bermain di sebelah kiri pada babak pertama juga bergelut untuk melakukan ‘track back’ kepada larian-larian Partiban.

Babak kedua, beliau banyak bertumpu di sebelah sayap kiri pula.

 

#4 Kemasukan Faisal, Kogi dan Zuhair gagal beri kelebihan

Babak kedua, Dollah Salleh membuat tiga pertukaran iaitu memasukkan Faisal Halim menggantikan Wan Zaharulnizam. Kogi dimasukkan keranan Ze Love  mendapat keceder4an dan Zuhair pula pada hujung permainan menggantikan Matyo.

Ketiga-tiga ini merupakan pemain ‘forward’ dan kemasukan mereka ini memberikan mesej jelas bahawa Dollah Salleh mahu Pahang mendapatkan gol. Namun, ketiga-tiga pemain ini tidak dapat memberikan sebarang perubahan kepada skuad Tok Gajah melainkan sekadar pemain ‘fresh leg’ sahaja. Pahang masih lagi tumpul, tiada sebarang idea yang jelas untuk mengatasi pertahanan dan penjaga gol lawan.

 

#5 Pahang dan Perak sekadar menambah satu mata

Pahang dan Perak terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa jaringan selepas 90 minit permainan. Masing-masing pulang dengan satu mata. Dan satu mata ini tidak mengubah kedudukan kedua-dua pasukan dalam carta Liga Super dengan Pahang masih menduduki tempat kedua dan Perak kekal di kedudukan ke-6.

Kini, JDT dan Pahang dibezakan dengan 10 mata, manakala, Perak hanya beza satu mata dengan pasukan di tangga ke-5, Melaka.

Foto: MFL

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*