Mbappe tinggalkan PSG?

PARIS – Bintang muda Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, memberi bayangan bakal meninggalkan kelab gergasi Perancis itu, selepas dinobatkan Pemain Terbaik Ligue 1 dan Pemain Muda Terbaik,semalam.

Mbappe dikaitkan bakal menyertai gergasi La Liga, Real Madrid, walaupun pemain berusia 20 tahun itu memberi jaminan kepada penyokong bahawa dia akan kekal di Paris.

“Ini merupakan satu-satunya gelaran yang belum saya raih di Perancis. Saya sangat gembira dan mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya mencapai ke tahap ini.

“Terdapat beberapa kekecew4an tetapi ia adalah sebahagian daripada bola sepak. Ini merupakan saat yang penting bagi saya.

“Saya sudah tiba ke tahap kedua dalam karier dan telah meraih banyak kejuaraan di sini. Sudah tiba masa untuk saya meneroka cabaran baru,” katanya.

Mbappe telah menjuarai Ligue 1 dua tahun berturut-turut sejak tiba dari Monaco, dengan pemenang Piala Dunia itu meled4k dua gol ketika membantu PSG mengatasi Dijon 4-0 untuk menjadi pemain Perancis pertama meledak 32 gol dalam saingan Ligue 1 sejak Philippe Gondet pada 1965-66 ketika bersama Nantes.

Mbappe telah meled4kkan 38 gol dalam kesemua kejohanan buat PSG yang disingkirkan Manchester United dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL). 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*