Nama Ulises Morais Dikaitkan Dengan Jawatan Ketua Jurulatih Terengganu FC

Nama Ulises Morais yang merupakan bekas pengendali Johor Darul Ta’zim telah dikaitkan dengan Terengganu FC.

Kerusi panas ketua jurulatih Terengganu FC itu kosong selepas Irfan Bakti Abu Salim mengumumkan peletakan jawatan selepas skuad ‘Penyu’ tewas 3-5 ditangan Petaling Jaya City FC, minggu lalu.

Berita Harian telah melaporkan bahawa Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil menjelaskan pihaknya telah menerima banyak permohonan daripada jurulatih bagi mengisi kekosongan tersebut.

Nama Ulises Morais turut mencur1 tumpuan setelah media tempatan The Vocket, memberikan bayangan bahawa pengendali kelahiran Portugal itu akan kembali ke tanah air untuk bersama pasukan pantai timur itu.

Menurut sumber tersebut, pengalaman Morais di Liga Malaysia menjadi kayu pengukur kepada pemilihannya bagi mengisi jawatan ketua jurulatih Terengganu FC.

Morais bukan nama asing dalam kancah bola sepak tempatan apabila beliau berjaya membimbing JDT dalam melakarkan kejuaraan Liga Super buat kali keempat berturut-turut (Liga Super 2017).

Beliau turut membantu skuad ‘Harimau Selatan’ merangkul gelaran juara Piala Malaysia pada musim yang sama apabila berjaya menewaskan Kedah 2-0 di perlawanan akhir.

Namun, jodoh Ulises Morais tidak bertahan lama apabila terpaksa memilih untuk meninggalkan JDT pada awal musim lalu atas alasan masal4h kesihatan yang dialami ahli keluarganya.

Penolong jurulatih, Nafuzi Zain ketika ini memangku tugasan yang ditinggalkan Irfan sehingga PBSNT membuat pengumuman rasmi mengenai pengendali baharu pasukan.

Kredit foto: Johor Southern Tigers

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*