Salah, Mane bukan pemain terpantas Liverpool

LONDON – Divock Origi muncul pemain terpantas Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, baru-baru ini.

Divock Origi 

Foto: Google

Penyer4ng antarabangsa Belgium itu mengatasi Mohamed Salah dan Sadio Mane dengan kelajuan 35.04 kilometer (km) sejam.

Origi, yang menjadi penyumbang kepada jaringan penting bagi membantu Liverpool bersaing merebut gelaran, berada di kedudukan kelapan dalam senarai pemain terpantas Liga Perdana Inggeris oleh Opta.

Salah berada di kedudukan ke-11, dengan pemain Fulham, Timothy Fosu-Mensah, yang dipinjamkan dari Manchester United, mengungguli senarai tersebut dengan catatan kelajuan 35.32km sejam. Apa yang peliknya, Salah turut mendapati dirinya ketinggalan dua anak tangga di belakang penjaga gol Fulham, Sergio Rico.

Berikut adalah senarai 10 pemain yang memiliki kepantasan dalam Liga Perdana:

10. Patrick Van Aanholt (Crystal Palace)

Kelajuan: 34.96 km/j

9. Sergio Rico (Fulham)

Kelajuan: 35.01 km/j

8. Divock Origi (Liverpool)

Kelajuan: 35.04 km/j

7. Felipe Anderson (West Ham United)

Kelajuan: 35.11 km/j

6. Gerard Deulofeu (Watford)

Kelajuan: 35.13 km/j

5. DeAndre Yedlin (Newcastle United)

Kelajuan: 35.17 km/j

4. Leroy Sane (Manchester City)

Kelajuan: 35.18 km/j

3. Ruben Vinagre (Wolverhampton Wanderers)

Kelajuan: 35.20 km/j

2. Kyle Walker (Manchester City)

Kelajuan: 35.27 km/j

1. Timothy Fosu-Mensah (Fulham)

Kelajuan: 35.32 km/j

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*