Gyan gantung but

Accra, GHANA – Kapten skuad kebangsaan Ghana, Asamoah Gyan membuat kejutan apabila mengumumkan persaraannya daripada pentas antarabangsa beberapa minggu sebelum berlangsungnya Piala Negara-Negara Afrika.

Gyan berkata keputusan itu diambil sebagai tanda pr0tes kepada perancangan jurulatih, Kwesi Appiah yang menafikan peluangnya untuk memimpin skuad Black Stars dalam kejohanan tersebut di Mesir.

“Selepas mendapatkan nasihat daripada keluarga dan pasukan…jika keputusan jurulatih untuk memberi tugas kapten kepada pemain lain dalam kejohanan tersebut sedangkan saya turut disenaraikan, saya menarik diri daripada menyertai Piala Negara-Negara Afrika.

“Saya juga berhasrat untuk bersara daripada pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan buat selama-lamanya,” kata penyer4ng Kayserispor itu.

Kejohanan tersebtu akan berlangsung pada 21 Jun ini di mana Ghana diletakkan dalam Kumpulan F bersama Cameroon, Benin dan Guinea-Bissau.

Gyan membuat penampilannya bersama Black Stars ketika berusia 17 tahun menentang Somalia pada 2003. Dia merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Ghana selepas meledak 51 gol dalam 106 penampilan.

Dia juga pernah beraksi dalam tiga edisi Piala Dunia iaitu pada 2006, 2010 dan 2014. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*