Minggu istimewa Pescao

PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah berjaya meraih mata sulung musim ini selepas mengakhiri menduduki tempat ke-14 pada saingan Grand Prix (GP) Perancis di Litar Le Mans malam semalam.

Pelumba Red Bull KTM Tech3 itu yang sebelum ini bergelvt dengan prestasi hambar mengutip dua mata berharga apabila menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 42 minit 29.128 saat (s), mengatasi rakan sepasukannya dari Portugal, Miguel Oliveira (42:29.691s) yang berada di tempat ke-15.

“Terima kasih kepada ALLAH kerana memberikan kekuatan dan motivasi tinggi untuk mengharungi musim ini. Minggu ini amat istimewa. Ini adalah perlumbaan tempat sendiri dan saya tidak berputus asa.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan kerana sentiasa mempercayai saya dan tidak pernah berputus asa untuk memperbaiki keupayaan jentera dan gaya tunggangan bersama jentera baharu ini,” katanya.

Jelas anak muda berusia 25 tahun itu, pada awal perlumbaan dia menghadapi kesukaran mendapatkan rentak kelajuan, namun memperbaiki tunggangannya untuk berada di kedudukan yang lebih baik dalam setiap pusingan.

“Saya benar-benar seronok dalam perlumbaan ini. Pada awalnya, ia agak sukar untuk mendapatkan rentak kelajuan tetapi selepas mengharungi selekoh demi selekoh, saya mula mendapatkan rentak. Saya cuba bersaing dengan Miguel dan berada rapat dengannya. Akhirnya, dia melakukan kes1lapan dan saya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14.

“Pungutan dua mata ini memberi makna yang cukup besar kepada saya dan saya mahu mendedikasikan kejayaan ini kepada keluarga dan juga insan yang berada di sekeliling saya terutamanya peminat di Perancis kerana mereka sentiasa menghargai pelumba seperti kami,” ujarnya yang terkenal dengan gelaran Pescao.

Juara dunia, Marc Marquez daripada pasukan Repsol Honda mengungguli perlumbaan tersebut setelah mencatatkan masa terpantas 41:53.647s bagi mengatasi dua pencabar dari Itali, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci yang menunggang Ducati.

Dovizioso ketinggalan hampir dua saat di belakang Marquez apabila merakamkan masa 41:55.631s untuk melengkapkan saingan selaku naib juara manakala Petrucci berada di tempat ketiga dengan catatan 41:55.789s.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SukanSinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*