Bekas Pemain Chelsea Beri ‘Pesanan’ Buat Eden Hazard

Pemain Chelsea sekitar tahun 80-an, Pat Nevin menjelaskan beliau nyata gembira dengan keputusan yang dibuat Eden Hazard apabila berhijrah ke Real Madrid.

Hazard meninggalkan Chelsea selepas tujuh tahun bersama kelab London itu.

Lebih menarik apabila beliau memulakan karier di Chelsea dengan memenangi Liga Europa dan turut menutup perjalanan bersama The Blues dengan menjulang Liga Europa.

”Ia mungkin mengejutkan ramai orang tetapi saya gembira dengan keputusannya (berpindah ke Real Madrid).”

”Sangat gembira untuk dirinya, dia mahukan perkara tersebut.”

”Dia telah memberikan segalanya selama tujuh tahun terhadap kelab ini (Chelsea) dan dia begitu mengagumkan ketika tujuh tahun ini.”

”Tingkah lakunya sempurna, saya rasakan dia merupakan pemain paling berkemahiran tinggi yang pernah bermain bersama Chelsea FC.”

LEICESTER, ENGLAND – MAY 12: Eden Hazard of Chelsea is presented with the Playmaker winner trophy after the Premier League match between Leicester City and Chelsea FC at The King Power Stadium on May 12, 2019 in Leicester, United Kingdom. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

 

”Sudah pasti antara tiga atau empat pemain terhebat yang pernah bermain bersama kelab ini.”

”Dia telah memberikan segalanya, selamat maju jaya buat dirinya pada pengembaraan seterusnya, dia layak menikmatinya.”

Sebagai ‘orang lama’, dalam masa yang sama beliau turut memberikan amaran buat Hazard dengan mengingatkan bahawa ‘rumput kadangkala tidak berwarna hijau’.

Beliau juga turut merasakan Hazard bakal merasai beberapa musim yang sukar ketika menyarung jersi Los Blancos.

”Saya hanya mahu mengatakan mengenai satu perkara: kadangkala rumput tidak berwarna hijau.”

”Dan saya katakan, Real Madrid akan menjadi sangat sukar untuk beberapa tahun mendatang.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*