B Sathianathan ingatkan pemain Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Bekas pengendali skuad kebangsaan B Sathianathan mengingatkan pemain Harimau Malaya supaya tidak terlalu memikirkan untuk meraih kemenangan besar ke atas Timor Leste pada aksi kedua playoff kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Sebaliknya, jurulatih berusia 61 tahun itu berkata perkara paling penting yang perlu dilakukan anak buah Tan Cheng Hoe adalah mencari kombinasi terbaik antara satu sama lain bagi membentuk skuad yang lebih mantap.

Katanya, tiada guna jika Harimau Malaya berjaya membelas4h Timor Leste dengan jaringan besar tetapi tewas kepada pasukan lain pada aksi kelayakan yang seterusnya.

“Jangan kena jaringkan lebih dari tujuh gol baru nak kira berjaya. Memang kita nak menang, tapi tunjukkan permainan yang terbaik dan mengikut segala perancangan jurulatih,” kata Sathianathan.

“Kita kena perkemaskan lagi permainan terutama daripada aspek hantaran dan pergerakan. Jika dari sekarang kita berada pada landasan yang betul, ia memudahkan pasukan untuk mengharungi perlawanan akan datang.

“Sebab itu saya katakan perkara paling penting ketika ini adalah cara kita bermain, bukannya lebih fokus untuk menang besar.” 

Skuad kendalian Cheng Hoe mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan pertama di gelanggang sama, Jumaat lalu selepas membelas4ah Timor Leste 7-1.

Kemenangan besar itu meletakkan harapan tinggi buat semua pihak terutama penyokong betapa Harimau Malaya sekali lagi akan ‘kenduri gol’ ke atas Timor Leste dalam aksi kedua.

Mengakui tiada masalah untuk Harimau Malaya sekali lagi menundukkan Timor Leste, Sathianathan turut berharap pemain tidak terlalu memandang mudah terhadap lawan. 

“Siapa saja yang diturunkan kena beri aksi terbaik dan pada masa yang sama perlu berhati-hati kerana mereka masih ada perlawanan akan datang termasuk dalam liga,” katanya.

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*