Eden Hazard Pemain Terbaik Yang Saya Hadapi Dalam Saingan Liga Perdana Inggeris – Andy Robertson

Pertahanan kiri Liverpool, Andy Robertson menyifatkan bahawa Eden Hazard merupakan pemain terbaik yang dihadapinya dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Hazard nyata menjadi tunjang kepada kekuatan Chelsea pada musim ini walaupun kadangkala The Blues kelihatan sedikit tervmbang-ambing.

Pemain kesayangan Chelsea yang kini sudah menyertai Real Madrid itu menjaringkan 16 gol serta mencipta 15 bantuan jaringan pada musim ini.

”Dia mungkin pemain terbaik yang saya hadapi dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan dia berhak untuk berpindah dan mendapat segala pujian seperti yang diterimanya.”

GLASGOW, SCOTLAND – SEPTEMBER 07: Eden Hazard of Belgium battles for the ball with Andrew Robertson of Scotland during the International Friendly match between Scotland and Belgium at Hampden Park on September 7, 2018 in Glasgow, United Kingdom. (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

 

”Dia mungkin salah seorang pemain terbaik di dunia pada saat ini.”

”Tetapi semua ini untuk menunjukkan rasa hormat kerana keupayaannya bukan memberikan begitu banyak rasa hormat kerana takvt kepadanya.”

”Kami perlu untuk cuba bertahan daripadanya ketika perlawanan tetapi kami tahu bahawa ianya begitu sukar.”

Robertson yang berjaya menjaringkan gol pembukaan ketika bertemu Cyprus pada Sabtu lalu akan sekali lagi berhadapan Eden Hazard, awal pagi esok.

Scotland akan berkunjung ke Heysel Stadium untuk bertemu Belgium pada aksi keempat kumpulan I kelayakan Kejuaraan Eropah 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*