Liverpool dipaksa lepaskan Keita

LONDON – Pengurus Guinea, Paul Put mend4kwa dia terpaksa memberikan tekanan kepada Liverpool bagi melepaskan pemain tengah, Naby Keita menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa bagi persiapan untuk menghadapi Piala Negara-Negara Afrika.

Keita tidak beraksi sejak 1 Mei lalu, selepas dia ditimpa keceder4an otot sewaktu separuh akhir pertama Liga Juara-Juara yang berkesudahan Liverpool tewas kepada Barcelona di Camp Nou.

Keceder4an yang dialaminya menyebabkan Keita terlepas beberapa perlawanan terakhir sebelum Liga Perdana Inggeris menutup musim dan aksi final Liga Juara-Juara yang menyaksikan Liverpool melakar kemenangan ke atas Tottenham.

Pengurus, Jurgen Klopp mengakui, Keita diragui untuk beraksi pada Piala Negara-Negara Afrika, musim panas ini, tetapi Put percaya, pemain bintangnya itu sempat cergas dan bersedia untuk beraksi menentang Mesir, hujung minggu ini, selepas menyertai skuad kebangsaan Guinea.

“Keita meninggalkan Liverpool selepas latihan pada sebelah pagi dan dia tiba pada Isnin (petang). Saya memberikan tekanan kepada Liverpool untuk menghantar pemain itu secepat mungkin.

“Pada pengakhirannya, saya berkata, jika Naby tidak datang sekarang, amat sukar untuk menyenaraikan dia dalam skuad Piala Negara-Negara Afrika. Keita berkata, dia bersedia untuk beraksi menentang Mesir,” katanya kepada Foot224.

Keita tiba di Liverpool, musim panas lalu dari RB Leipzig dan pada awal penyertaannya dia berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di Merseyside.

Selepas berjaya menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama, persembahan Keita semakin meningkat dan dia menjaringkan tiga gol dalam enam penampilan terakhirnya, musim ini.

Guinea akan memulakan aksi mereka dalam Piala Negara-Negara Afrika di Mesir dan mereka ditempat dalam Kumpulan B bersama Madagascar, Burundi serta Nigeria. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*