Malaysia tambah lagi 5 gol, melangkah ke pusingan ke-2 dengan penuh bergaya

Perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 memihak kepada Malaysia dengan jaringan 5-1. Shahrel Fikri, Mohamadou Sumareh dan Akhyar Rashid berjaya mencetak nama selaku penjaring.

Berikut adalah 5 perkara yang kami dapati daripada perlawanan sebentar tadi:

#1 Empat pertukaran dalam kesebelasan utama

Perlawanan kedua pada malam ini, Tan Cheng Hoe melakukan sedikit pertukaran dalam kesebelasan utamanya berbanding perlawanan pertama lalu. Antara pemain yang dimasukkan pada malam ini ialah Syazwan Andik, Akhyar Rashid, Ifwat Akmal dan Shahrel Fikri.

Keempat – empat mereka menggantikan Corbin Ong, Safawi Rasid, Farizal Marlias dan Syafiq Ahmad. Tiada sebarang perubahan formasi dibuat oleh Cheng Hoe dan ianya lebih kepada penggiliran pemain. Corak permainan juga tidak berubah.

#2 Tiga gol separuh masa pertama, Timor Leste mula mengalah

Harimau Malaya meneruskan kegar4ngan di atas padang sepertimana pada perlawanan pertama lalu. Malam ini, setakat babak pertama, Malaysia berjaya mendahului 3-0. Dua daripadanya dijaringkan oleh Shahrel Fikri dan satu lagi menerusi Mohamadou Sumareh. Selain daripada mendahului 3-0, Malaysia juga menampilkan penguasaan dan ser4ngan yang baik.

#3 Shahrel Fikri Hatrik!

Penyer4ng Perak, Shahrel Fikri diturunkan dalam kesebelasan utama pada malam ini menggantikan Syafiq Ahmad yang ditimpa keceder4an. Beliau bermain sebagai No.10 di belakang Norshahrul Idlan Talaha. Gandingan beliau bersama Matyo cukup baik dan serasi. Namun yang menjadi tumpuan pada malam ini adalah hatrik pertama yang di cetak oleh Shahrel bersama skuad Harimau Malaya. Beliau menjaringkan gol pada minit ke-11,ke-17 dan ke-64.

Untuk rekod, kali terakhir pemain Malaysia menjaringkan hatrik adalah ketika menentang Bhutan, tahun lalu. Hatrik tersebut dijaringkan oleh Zaquan Adha.

#4 Malaysia gagal catat ‘clean sheet’

Persembahan yang cemerlang oleh anak buah Tan Cheng Hoe terutamanya ketika menyerang. Ini dapat kita lihat dengan hasil 5 gol yang dijaringkan. Bagaimanapun, sayang sekali, Harimau Malaya gagal mencatatkan ‘clean sheet’ dalam perlawanan ini. Malah gol yang dilepaskan juga berpunca daripada kelekaan dan kesilapan mudah oleh pertahanan.

#5 Malaysia tamatkan pusingan 1 kelayakan dengam bergaya

Tamat perlawanan, Malaysia menang dengan jaringan 5-1. Secara agregat, Malaysia menang dengan keputusan 12-2. Walaupun berjaya mencatatkan kemenangan menentang pasukan di tangga ke-195 dunia, menang tetap menang. Dan ianya satu motivasi tinggi buat pemain untuk mengharungi pusingan kedua kelak.

Foto: FAM

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*