Salah bercuti panjang di lautan

LONDON – Mohamed Salah membuktikan bahawa dia bukan sahaja cemerlang di atas padang tetapi juga mampu memancing ikan besar di lautan.

Bintang Liverpool itu memuat naik sekeping gambar di media sosial bersama ikan bersaiz besar yang baru sahaja dinaikkan dari laut.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🐋🐋

A post shared by Mohamed Salah (@mosalah) on

Salah ketika ini sedang menikmati percutian di sebuah kawasan tropika yang tidak didedahkan bersama keluarganya selepas muncul juara Liga Juara-Juara bersama Liverpool.

Peminatnya segera memberi komen di media sosial bagi meraikan kejayaannya menaikkan ikan bersaiz lebih daripada satu meter itu.

“Awak berjaya tangkap saya…saya ikan yang awak cari itu,” tulis seorang peminat.

“Itu ikan yang besar. Ada apa-apa yang Mohamed tidak boleh lakukan,” tulis seorang lagi peminat.

Penyer4ng Liverpool itu dilihat meluangkan masa di atas sebuah kapal layar mewah di lautan terbuka dengan Salah memiliki masa rehat panjang dan hanya akan kembali bersama Liverpool, bulan hadapan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UtusanOnline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*