Saya adalah pemain England – Pickford

LONDON – Jordan Pickford percaya bahawa dia bukan lagi pemain biasa selepas berjaya mendapatkan tempat selaku penjaga gawang utama England.

Selepas aksi cemerlang di Piala Dunia Rusia tahun lalu, prestasi Pickford bersama Everton kurang meyakinkan sekali gus meletakkan masa depannya bersama Three Lions dalam keadaan samar.

Dia juga menjadi perhatian di luar padang pada awal April lalu selepas video mengenai dirinya terlibat dengan pergadvhan di sebuah bar di Sunderland tersebar di media sosial.

Pemain berusia 25 tahun itu bagaimanapun menampilkan aksi cemerlang pada penghujung musim ini dengan rekod tanpa bolos dalam lima daripada tujuh perlawanan terakhir bersama Everton.

Dia meneruskan kecemerlangan dengan membantu Engaland menamatkan saingan di kedudukan keempat Liga Negara-Negara Eropah dengan menyelamatkan sepakan penalti selain menjaringkan satu gol pada aksi penentuan penalti bersama Switzerland selepas perlawanan terikat seri tanpa jaringan.

“Saya adalah pemain biasa tetapi adakalanya saya perlu merasakan saya adalah luar biasa, saya adalah pemain England.

“Saya mahu menjadi pemain biasa tetapi saya perlu sedar dalam keadaan tertentu ia tidak boleh berlaku. Awak perlu belajar untuk menjadi lelaki sejati dan berkembang.

“Selepas situasi kurang baik melanda diri saya, saya bangkit untuk aksi cemerlang di dalam padang. Ini adalah sikap saya,” katanya.  

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*