Saya tak minat sertai Spurs – Julian Draxler

BERLIN: Pemain tengah Jerman, Julian Draxler menolak khabar angin mengaitkannya dengan Tottenham Hotspur dan berkata dia mahu kekal di Paris Saint-Germain.

“Saya sangat gembira di sini, saya bermain untuk jurulatih yang hebat di kelab yang hebat,” kata Draxler, 25, kepada akhbar Kicker hari ini.

Draxler, yang mencatat kaps ke-50 ketika Jerman menang 2-0 mengatasi Belarus Sabtu lalu, masuk keluar dalam kesebelasan utama PSG sejak menyertai kelab itu pada 2017.

Baru-baru ini dia dikaitkan dengan Bayern Munich, Bayer Leverkusen dan Tottenham Hotspur, namun pemain tengah itu memberitahu Kicker dia berminat untuk menyambung kontrak di Paris yang akan berakhir pada 2021.

“PSG ialah kelab yang gila dalam aspek positif, banyak perkara boleh berlaku setiap hari, tapi saya tidak rasa ada orang mahu menend4ng keluar saya dari sana,” katanya.

“Saya akan bersedia untuk musim depan sama seperti sebelum ini, dan jika saya ditawarkan kontrak baharu, saya sedia mendengar.” 

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*