Lampard mampu jadi seperti Guardiola di Chelsea

LONDON – Rio Ferdinand percaya Frank Lampard mampu menjadi Pep Guardiola di Chelsea selepas Maurizio Sarri dilaporkan semakin hampir menyertai Juventus.

Sarri dilaporkan akan menandatangani kontrak tiga tahun bagi menggantikan Massimiliano Allegri.

Bekas pemain tengah Chelsea, Lampard menjadi calon pilihan sekiranya Sarri meninggalkan kelab itu selepas dia hampir membawa Derby kembali semula ke kancah Liga Perdana Inggeris menerusi playoff Liga Kejuaraan dalam musim pertamanya.

“Dia adalah pilihan tepat. Ramai bercakap mengenai pengalaman tetapi adakah Pep memiliki pengalaman semasa mengendalikan skuad senior Barcelona? Dia melatih skuad remaja di kelab itu.

“Frank mengenali kelab serta pemain dan pemain sangat menghormatinya.

“Tengok cara dia membawa dirinya di hadapan media dan di dalam kelab bola sepak dan dia mampu melakukan perubahan dalam hanya satu musim.

“Sejujurnya, Frank adalah yang terbaik kerana dia dan Jody Morris tahu cara permainan remaja 16 tahun ke atas. Mereka tahu apa yang mereka boleh lakukan.

“Chelsea memiliki ramai bakat berkualiti di negara ini. Manchester City juga memiliki ramai pemain remaja yang berkualiti tetapi tidak berjaya mendapat tempat dalam skuad senior,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :AGENSI via UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*