Lukaku lebih hebat bersama Belgium

BRUSSELS: Romelu Lukaku bertekad menggunakan musim mengecew4kan di Manchester United sebagai dorongan untuk bangkit dengan meled4k dua gol dalam kemenangan 3-0 Belgium ke atas Scotland pada kempen kelayakan Euro 2020.

Penyokong Belgium menunjukkan sokongan padu kepada “Big Rom” sebelum sep4k mula dengan kain rentang gergasi tertulis “26 tahun, sudah menjadi legenda”, yang dianggap pengendalinya Roberto Martinez sebagai “cinta” yang menjadikan pasukan itu unik di Eropah.

Lukaku menjaringkan gol pada minit ke-45 dan 57 untuk memastikan Belgium kekal tanpa kalah dalam saingan Kumpulan I selepas empat perlawanan dan berkata dia bertekad menebus musim hambar di Manchester yang menyaksikan dia kehilangan tempat dan bakal dijual.

“Saya mengalami musim sukar di peringkat kelab,” kata Lukaku. “Saya kehilangan tempat dan tidak kerap bermain.

“Tetapi itu salah satu fasa dalam karier saya dan ia akan membantu saya untuk langkah seterusnya.”

Dia bagaimanapun enggan menjawab soalan berkenaan spekvlasi perpindahannya ke Inter Milan.

Bekas pengendali Wigan Athletic dan Everton, Martinez memuji ketajaman Lukaku di depan gawang sejak tiga tahun lalu yang membantu Belgium menamatkan saingan Piala Dunia tahun lalu di tempat ketiga dan meneruskannya dengan tiga gol dalam dua perlawanan terakhir mereka.

“Kadang-kadang saya rasa sedih apabila melihat Rom tidak menikmati permainannya,” kata Martinez. “Apabila dia menikmati permainannya dia adalah peled4k gol berbisa.”

Lukaku turut mendapat pujian daripada pengendali Scotland, Steve Clarke yang pernah melatihnya di zaman remaja semasa bersama West Bromwich Albion.

“Saya baru memelvknya di dalam terowong. Dia minta maaf kerana menjaringkan gol,” kata Clarke.

 

 

Sumber: REUTERS via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*