Malaysia bakal diletakkan di Pot 4 undian kelayakan Piala Dunia?

Nampaknya dua kemenangan Malaysia ke atas Timor Leste bukan sahaja membantu dari segi melayakkan diri ke pusingan seterusnya, tetapi lebih dari itu.

Hasil dua kemenangan itu, Malaysia dijangka bakal melonjak ke tangga ke-159 dunia dalam kedudukan FIFA, sekaligus menempatkan diri dalam Pot 4 bagi majlis undian kelayakan peringkat kumpulan Piala Dunia 2022 nanti.

Menurut laman Twitter Footy Rankings, kemenangan itu dan kekalahan Indonesia serta Singapura dalam perlawanan persahabatan masing-masing membolehkan Malaysia menempatkan diri bersama pasukan seperti Turkmenistan, Myanmar, Hong Kong, Yemen, Afghanistan, Maldives dan Kuwait di Pot 4.

Indonesia dan Singapura kini bakal berada di Pot 5 bersama Nepal, Bangladesh, Mongolia, Guam, Sri Lanka dan Kemboja. Bagi negara Asia Tenggara lain, hanya Vietnam bakal berada di Pot 2 sementara Thailand dan Filipina di Pot 3.

Tetapi ini bukanlah kedudukan rasmi setiap pasukan dengan kedudukan sebenar hanya akan diketahui pada 14 Jun nanti apabila Ranking FIFA dikemaskini berdasarkan keputusan perlawanan semua negara dalam kalendar antarabangsa bulan ini.

 

Kredit foto: FAM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*