Messi raih pendapatan tertinggi atasi Cristiano Ronaldo – Forbes

LONDON – Lionel Messi diumumkan sebagai atlet berpendapatan paling tinggi mengatasi seteru tradisinya, Cristiano Ronaldo.

Bintang Argentina dan Barcelona itu meraih pendapatan 99.8 juta pound (RM527.78 juta) tahun lalu menurut laporan Forbes.

Ronaldo berada di kedudukan kedua dengan 85.6 juta pound (RM452.68 juta) manakala Neymar di kedudukan ketiga.

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba meraih 25.9 juta pound (RM136.97 juta) manakala Alexis Sanchez, Mesut Ozil dan Mohamed Salah berada dalam kelompok 10 teratas.

Pendapatan mereka dikira berdasarkan hadiah kemenangan, gaji serta penajaan produk di antara Jun 2018 hingga Jun 2019.

Canelo Alvarez dan Roger Federer melengkapkan kedudukan lima teratas mengatasi Russell Wilson dan Aaron Rodgers.

Baki kedudukan 10 teratas menjadi milik LeBron James, Stephen Curry dan Kevin Durant manakala Lewis Hamilton dan Anthony Joshua berkongsi kedudukan ke-13 dengan 43.2 juta pound (RM228.46 juta).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*