Sumareh akhirnya tamatkankan kemarau gol

KUALA LUMPUR – Selepas mengharungi lapan perlawanan tanpa gol, Mohamadou Sumareh akhirnya menamatkan kemarau dengan meled4k jaringan pertamanya dalam tempoh lapan bulan ketika membantu Harimau Malaya mendahului Timor Leste 3-0 pada babak pertama playoff kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pemain naturalisasi pertama Malaysia meledak gol ketiga pasukan negara pada minit ke-37 dalam perlawanan yang menyaksikan anak-anak buah Tan Cheng Hoe menguasai sebahagian besar permainan.

Terdahulu, penyer4ng Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi meletakkan pasukan negara di depan menerusi dua jaringan pada minit ke-11 dan 17.

Timor Leste yang kalah 1-7 dalam aksi pertama, Jumaat lalu dihadiahkan sepakan penalti, namun ditangkap mudah oleh penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*