Origi ‘terdesak’ mahu kekal di Liverpool – Mellor

LONDON – Divock Origi telah menunjukkan bahawa dia ‘terdesak’ untuk kekal di Liverpool, kata bekas penyer4ng Reds, Neil Mellor, dengan menyifatkan pingat emas Liga Juara-Juara telah menyelamatkan karier pemain tersebut di Anfield.

Penyer4ng Belgium itu telah melakar sejarah yang tidak akan dilupakan ketika membantu Liverpool memenangi gelaran Raja Eropah.

“(Jurgen) Klopp telah membawa masuk Divock ketika menent4ng Everton di Anfield dengan hanya enam minit berbaki perlawanan dan dia menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-96. Sejak itu bermula perjalanannya sebagai orang penting dalam Reds.

“Dia menjaringkan gol kemenangan berdepan Newcastle, menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-0 ketika bertemu Barcelona untuk bangkit di separuh akhir kedua Liga Juara-Juara, termasuk menjaringkan gol pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

“Momen terbesar ini adalah untuk mana-mana pemain Liverpool bahawa dia membuktikan jangan mudah mengalah sebagai jentera Reds.

“Dia telah berubah sejak dipinjamkan ke Lille dan Wolfsburg, ia bukan masa sesuai untuk dia berhijrah dari Liverpool kerana dia telah membuktikan bahawa dia ‘terdesak’ untuk kekal di Anfield,” kata Mellor.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*