Pemain Liverpool terima durian runtuh

LONDON – Duit bukan menjadi masalah kepada pemain Liverpool bagaimanapun mereka pasti tidak menolak hadiah bernilai 3,500 pound (RM18,000) di atas kejayaan menjulang trofi Liga Juara-Juara.

SETIAP pemain Liverpool menerima telefon pintar rekaan khas emas 24 karat di atas kejayaan mereka memenangi Liga Juara-Juara pada 1 Jun lalu. – AGENSI

 

Setiap pemain diberi hadiah telefon pintar jenama iPhone X dengan rekaan iDesign Gold selepas Liverpool menewaskan Tottenham dalam final kejohanan berprestij di Eropah itu.

Telefon pintar tersebut direka khas mengikut nombor jersi pemain berserta nama mereka di bhagian belakang dengan replika kit Liverpool.

Trofi Liga Juara-Juara dan logo kejohanan turut terpampang di bahagian belakang telefon tersebut untuk memastikan pemain mengingati kejayaan mereka menjulang piala kejohanan setiap hari.

Syarikat telefon pintar tersebut mengeluarkan 28 unit untuk skuad Liverpool termasuk pengurus The Reds, Jurgen Klopp.

Peminat Liverpool boleh membeli rekaan khas emas telefon pintar tersebut jika mereka berminat dengan anggaran kos 2,300 pound (RM12,000) hingga 3,500 pound (RM18,000) dari Harvey Nichols.

Liverpool berjaya memenangi Liga Juara-Juara buat kali keenam selepas menewaskan Spurs 2-0 dengan jaringan penalti Mohamed Salah dan gol Divock Origi di hujung permainan. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UtusanOnline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*