Saham Klopp naik mendadak

KEJAYAAN Jurgen Klopp membawa trofi kejuaraan Liga Juara-Juara ke Anfield musim ini kembali membuka mata kelab-kelab besar untuk merekrut pengendali berusia 51 tahun itu musim depan.

Antara yang mula mengintai pengalaman bekas pengendali Mainz dan Borussia Dortmund itu adalah legenda Bayern Munich, Franz Beckenbauer.

Beckenbauer menyuarakan keinginan untuk melihat Klopp membimbing Bayern dan mencipta kejuaraan bersama juara Bundesliga itu.

Klopp yang menghargai pelawaan Beckenbauer itu berkata, beliau berterima kasih atas ‘jemputan’ legenda Jerman berkenaan, namun perlu menghormati kontraknya bersama Liverpool.

“Terima kasih atas pelawaan Beckenbauer itu, saya gembira kerana Beckenbauer turut berbangga dengan kejayaan saya di Anfield, tapi saya harus menghormati kontrak saya bersama Liverpool.

“Ingin saya jelaskan di sini bahawa saya bahagia dan gembira bersama Liverpool sekarang serta ingin mencipta lebih banyak kejuaraan bersama kelab ini pada masa depan,” katanya.

Pada masa sama Klopp menegaskan bahawa beliau tidak mahu mengganggu momentum positif gergasi Bundesliga yang baharu sahaja menjuarai kejuaraan liga ke-29 mereka baru-baru ini.

“Sama ada Bayern Munich atau Borussia Dortmund, saya percaya kedua-dua kelab ini sudah memiliki pengendali yang berwibawa dalam membawa cabaran kelab musim depan,” katanya.Arsenal

INFO

Kelab saingan EPL 2019/20

Aston Villa

Bournemouth

Brighton & Hove Albion

Burnley

Chelsea

Crystal Palace

Everton

Leicester City

Liverpool

Manchester City

Manchester United

Newcastle United

Norwich City

Sheffield United

Southampton

Tottenham Hotspur

Watford

West Ham United

Wolverhampton Wanderers

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SukanSinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*