Spurs, Arsenal terlepas Pellegrini

LONDON: Arsenal dan Tottenham Hotspur bakal dikecew4kan dalam pemburvan pemain tengah Roma Lorenzo Pellegrini.

Pemain 22 tahun itu mempunyai klausa pelepasan 30 juta euro (RM141 juta) dalam kontraknya bersama Roma dan ia boleh dilunaskan dengan ansuran sebanyak dua kali pada 15 juta euro (RM70.5 juta).

Arsenal dan Spurs masing-masing sudah menghubungi ejen Pellegrini bagi membincangkan tentang perpindahannya dari Stadio Olimpico pada musim panas ini.

Bagaimanapun Roma turut berusaha mengekalkan khidmat Pellegrini dengan menawarkannya kontrak baharu yang akan melupuskan klausa pelepasan sedia ada.

Turut memberi tamp4ran hebat kepada usaha Arsenal dan Spurs ialah kenyataan pemain itu sendiri yang menegaskan dia belum berminat untuk meninggalkan Giallorossi.

Pemain tengah Itali itu berkata dia tidak mahu berpisah dengan Roma yang akan memberikannya peranan sebagai penolong kapten di bawah pengendali baharu Paulo Fonseca.

Selain dua kelab Inggeris berkenaan, AC Milan dan Inter turut berminat mendapatkan khidmat Pellegrini pada jendela perpindahan kali ini.

Kontrak sedia ada Pellegrini bersama Roma hanya akan tamat pada tahun 2022.

 

Sumber: AGENSI via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*