Harimau Malaya lonjak tangga ke-159 ranking dunia

Harimau Malaya akhirnya menunjukkan perkembangan paling positif apabila melonjak sembilan anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-159 dunia dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Kemenangan 2-0 ke atas Nepal pada aksi persahabatan 1 Jun lalu selain jaringan besar 12-2 secara agregat menumpaskan Timor Leste pada aksi playoff Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang turut membantu melonjakkan ranking Harimau Malaya.

Ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini menyaksikan Malaysia meningkat ke tangga ke-159 berbanding 168 sebelum ini.

Anak buah Tan Cheng Hoe yang mengumpul 1,009 mata keseluruhan – pertambahan 28 mata berbanding sebelum ini – turut berada di kedudukan ke-32 dalam kalangan negara Asia.

Malah peningkatan itu juga menyaksikan pasukan kebangsaan berjaya memintas dua pasukan serantau Indonesia dan Singapura yang sebelum ini menghimpun mata lebih banyak.

Bagaimanapun, empat pasukan lain Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam berada pada kedudukan lebih baik dengan paling mencuri tumpuan sudah tentunya Vietnam yang juga juara Piala AFF di kelompok tangga 100 teratas apabila menghuni tangga ke-96 dunia, diikuti Thailand yang jatuh dua anak tangga (116), Filipina (126) dan Myanmar (138).

Petanda positif Harimau Malaya itu sekali gus memberi gambaran undian pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 di Qatar bulan depan bakal meletakkan Malaysia dalam balang keempat daripada lima balang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*