Usaha TMJ bawa bekas bintang dunia ke Larkin dipuji Alistair

Pengarah Sukan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards memuji usaha yang dilakukan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim membawa bekas bintang handalan bola sepak dunia ke Larkin bagi satu aksi perlawanan persahabatan pada hujung bulan ini.

Antara nama-nama yang bakal turun ke Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin ialah Ronaldo, Robert Pires, Edgar Davids, Rivaldo, Marco Materazzi, Esteban Cambiasso, Gianluca Zambrotta, Claude Mekelele, Florent Malouda dan beberapa pemain lagi.

Selain daripada beraksi dalam perlawanan amal bersama-sama TMJ, pemain-pemain ini akan turut mengadakan ‘coaching clinic’ kepada pemain-pemain akademi JDT di Pusat Latihan Padang Seri Gelam dan akan turut serta dalam sesi ‘meet & greet’ bersama-sama penyokong bertuah di JDT Cafe pada 1hb julai.

“Satu inisiatif yang hebat dilakukan oleh DYAM TMJ untuk membawa pemain berkelas dunia masa lalu untuk bermain di padang keramat Larkin.

“Acara ini merupakan satu peluang terbaik untuk para penyokong dan semua orang di JDT untuk menyaksikan secara langsung bintang-bintang sebenar dalam dunia bola sepak. Ia juga merupakan peluang terbaik untuk pemain akademi kami di mana para pemain hebat ini akan berkongsi tunjuk ajar dan tips semasa ‘coaching clinic’.

“Saya rasa ia akan menjadi detik ajaib dan kami cukup teruja diberikan peluang sebegini,” kata Alistair Edwards semasa sidang media yang berlangsung sebentar tadi.

Turut sama hadir dalam sidang media berkenaan ialah Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Johor (Johor FA), Kapten Mohd Anizam bin Jamian dan Pengarah Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Dato’ Haji Ismail bin Karim.

Foto: JOHOR Southern Tigers

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*