Dembele ingin sertai Liverpool

LONDON – Penyer4ng muda Perancis, Ousmane Dembele mahu menyertai Liverpool sekiranya dia meninggalkan Barcelona pada musim panas ini, lapor TEAMtalk.

Dua tahun selepas menyertai gergasi bola sepak Sepanyol itu dari Borussia Dortmund menerusi yuran perpindahan 97 juta pound (RM509 juta), Dembele kini berada di persimpangan karier.

Dembele, 22, mungkin meledak 14 gol dan sembilan gerakan gol pada musim kedua di Camp Nou, namun dia sering dihimpit kecedera4n dan sikapnya telah menimbulkan persoalan.

Pemain kelahiran Vernon, Perancis tersebut turut dipersalahkan atas kekalahan Barcelona kepada Liverpool dalam separuh akhir Liga Juara-Juara hingga mendorongnya untuk meninggalkan juara La Liga itu.

Menurut TEAMtalk, Barcelona bersedia melepaskan Dembele bagi mendapatkan tunai untuk membawa masuk penyer4ng Atletico Madrid,  Antoine Griezmann.

Laporan itu turut menambah, juara Eropah, Liverpool antara destinasi pilihan Dembele yang dianggarkan bernilai 90 juta pound (RM472 juta).

Bagaimanapun, Reds mungkin keberatan untuk berbelanja besar bagi mendapatkan penyer4ng baharu kerana mereka sudahpun memiliki jentera ser4ngan ampuh – Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino.

Namun begitu, ramai yang melihat pengendali Liverpool, Jurgen Klopp adalah orang yang tepat untuk menyerlahkan potensi sebenar Dembele hingga mampu menjadi bintang dunia. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*