Jepun dimalukan Chile

SAO PAULO: Eduardo Vargas meled4k dua gol ketika Chile memulakan kempen mempertahankan Copa America 2019 dengan kemenangan besar 4-0 terhadap Jepun, pagi tadi.

Vargas, yang beraksi bersama kelab Mexico, Tigres UANL, menyumbat dua gol pada babak kedua dengan Chile membuktikan kepada Jepun, yang beraksi selaku pasukan jemputan dari Asia mengenai kekuatan mereka sebagai penyandang juara.

Erick Pulgar membuka tirai jaringan pada penghujung babak pertama sebelum Vargas menambah kelebihan pada babak kedua dan melengkapkan gol keempat peribadi pada penghujung perlawanan.

Penyer4ng Manchester United, Alexis Sanchez meningkatkan jumlah jaringannya bersama Chile kepada 42 dengan menanduk gol ketiga pada minit ke-82.

Kemenangan ke atas naib juara Asia itu menyaksikan Chile berkongsi tiga mata bersama Uruguay dalam Kumpulan C tetapi menduduki tangga teratas dengan perbezaan jaringan.

Kekalahan 4-0 jelas sukar buat Jepun, yang tiba dengan skuad berkualiti tetapi kurang pengalaman dengan beberapa peluang terbaik disia-siakan terutama daripada penyer4ng muda, Ayase Ueda.

Jepun memulakan permainan dengan yakin, mendominasi perlawanan dan menguasai bola tetapi gagal memberi ancam4n terhadap gawang Chile yang dikawal Gabriel Arias.

Berpunca daripada sepakan sudut pemain Bayer Leverkusen, Charles Aranguiz, Chile membuka tirai jaringan pada minit ke-41 sebelum Vargas menyumbat gol kedua pada minit ke-54 menerusi sepakan dari luar kotak penalti.

Ketika Jepun terus terlepas beberapa peluang menjaringkan gol, Chile menambah derita apabila Sanchez menyumbat gol ketiga pada minit ke-82 sebelum Vargas melakukan kuisan menarik untuk menewaskan penjaga gol Jepun, Keisuke Osako buat kali keempat, seminit kemudian.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*