Manchester United pujuk Pogba dengan bayaran yang lebih tinggi

MANCHESTER: Manchester United bersedia untuk menawarkan Paul Pogba kontrak besar dalam usaha memujuk bintang itu untuk kekal.

Pogba menunjukkan isyarat dia mahu meninggalkan kelab itu musim panas ini selepas mengakui hujung minggu lalu ‘ia mungkin masa sesuai untuk mencari cabaran baharu’. 

Real Madrid dan Juventus menunjukkan minat terhadapnya tetapi United berazam untuk mengekalkan pemain dengan rekod perpindahan kelab itu untuk musim depan melainkan mereka menerima tawaran melebihi £89 juta pound (RM465 juta) dibayar kepada Juve pada 2016.

Mereka dijangka cuba menyelesaikan isu berkenaan dengan menawarkan Pogba gaji tambahan yang akan meningkatkannya daripada £290,000 pound (RM1.517 juta) seminggu kepada £500,000 pound (RM2.61 juta) seperti diterima pemain United dengan gaji tertinggi Aexis Sanchez. 

Pogba yang masih ada kontrak dua tahun dengan United, ada pilihan untuk menyambungnya selama 12 bulan.

Real Madrid dipercayai sudah membuat tawaran pembukaan £90 juta pound (RM471 juta) tetapi menyedari mereka perlu melakukan lebih baik untuk menguji United.

Juventus juga mahu mendapatkan tandatangan Pogba, 26, tiga tahun selepas meninggalkan kelab Itali itu dengan rekod perpindahan dunia, namun difahamkan Pogba lebih suka ke Sepanyol.

Bos United, Ed Woodward menegaskan pemain itu adalah amat penting terhadap aspek komersil kelab sama seperti peranannya di padang dan tidak akan dijual selepas menghalang keinginan Pogba ke Barcelona tahun lalu.

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*